Hati oh hati...
Sukar untuk ku ungkapkan dengan kata2..hati ku btul2 rasa sedih semenjak 2 minggu ni..ermm..mungkin smua ni ujian dari Allah untuk hambanya yang lemah seperti aku,tp smpai bila aku harus bersedih..walaupun masih ada org yg terlalu mengambil berat,tp aku still mengharap pada sidia,,insan yang aku fkir (muka org xde perasaan..huhu)..muka slumber tp kdg2 suka uat sesuatu diluar jangkaan aku(surprize)..;-)
Entahla,mungkin aku blum btul2 knal dia..dia xlah seromantik romeo..dan aku bukan la seperti juliet..namun.. kdg2 aku pun x pasti adakah aku btul2 cintakan dia @ aku skadar melepaskan rasa kesunyian bagi mengubati luka dihati.(memori silam).
Ya Allah,aku x sanggup nak lukakan hati dia,sbb aku x sanggup hatiku dilukai lagi.Cukuplah slama ni aku terluka dengan janji manis lelaki yang beri harapan palsu,impian yg x mungkin jadi kenyatan,tu smua khayalan belaka..knp aku mudah terpukau dgn kata manis lelaki...mungkin tu silap aku..patutkah aku samakan dia dengan lelaki yg aku kenal dulu...
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu.Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
sabda Rasulullah“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.).
Semuanya aku berserah pada ALLAH,aku tahu ALLAH akan temukan aku dengan orang yang baik2..
Terima kasih YA ALLAH.